top of page

Jafry Ariffin dilantik pengerusi UMNO Sabah

  • nabalunews
  • 39 minutes ago
  • 1 min read

ree

10 Disember 2025


KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia Jumaat lalu.


Pelantikan Jafri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan pada Rabu.


Turut diumumkan pelantikan Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Ketua UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop, sebagai Setiausaha.


Dr Asyraf berkata, pelantikan barisan kepemimpinan baharu itu dipersetujui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaras Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO.


‎“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.


‎“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendokong kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page