top of page

Jalan Kodupi Kampung Gaur Kini Selesa dan selamat dilalui

  • nabalunews
  • Apr 13
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


13 April 2026


KOTA BELUD: Semangat gotong-royong penduduk Kampung Gaur meletup apabila mereka bergotong-royong menyimen Jalan Kodupi yang sebelum ini berlubang dan menyusahkan pergerakan harian.


Program komuniti ini menyaksikan penyertaan meriah pelbagai lapisan usia, dari anak muda hingga warga emas, yang berpasukan melapis simen untuk keselesaan bersama. Bukan sahaja infrastruktur kampung bertambah baik, tapi silaturahim rakyat pun kian erat.


Bahan simen disumbang oleh Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian. Sumbangan beliau disambut hangat, memacu realisasi usaha penduduk tingkatkan kemudahan asas.

Penduduk berharap inisiatif ini diteruskan untuk kesejahteraan berterusan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page