JKR PERKENAL APLIKASI 'ADUAN JALANRAYA SABAH'JKR PERKENAL APLIKASI 'ADUAN JALANRAYA SABAH'
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JKR PERKENAL APLIKASI 'ADUAN JALANRAYA SABAH'




22 Jan 2021

Oleh Syabil Syafi

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memperkenalkan sebuah aplikasi dikenali sebagai ‘Aduan Jalanraya Sabah’ bagi membolehkan rakyat di negeri ini menyalurkan aduan berhubung kerosakan jalan raya.


Pengarah JKR Sabah Ir Ali Ahmad Hamid berkata, aplikasi yang disediakan itu turut memuatkan info terkini mengenai kerosakan jalan raya di Sabah khususnya membabitkan jalan dibawah kendalian JKR Sabah.


“Kita amat mengalu-alukan rakyat di negeri ini khususnya pengguna jalan raya untuk menyalurkan sebarang aduan sekiranya berlaku sebarang kerosakan kerana pihak kami sentiasa komited menyediakan rangkaian jalan yang selamat dan selesa untuk semua.


“Namun aplikasi ini hanya terhad untuk aduan jalan raya di Sabah sahaja dan pengguna boleh menggunakannya agar kerosakan yang berlaku dapat diatasi segera,” katanya.


Ir Ali Ahmad berkata demikian bagi mengulas bebeberapa aduan yang dimuat naik di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp yang dilihat sebagai tidak sahih dan tidak wujud.


“Cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu lalu yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh dan kami dapati ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk membuat aduan palsu.


“Setelah siasatan dibuat, gambar atau aduan yang dimuatnaik itu adalah dari sumber lain dan tidak berlaku di Sabah,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page