Jualan RAHMAH di Labuan tawar 15 jenis barangan murah

17 April 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
LABUAN: Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Jualan RAHMAH di Labuan yang menawarkan 15 jenis barangan keperluan dengan harga istimewa.
Jualan RAHMAH yang berlangsung selama dua hari bermula 15 April sehingga 16 April 2023 ini melibatkan kerjasama dua pasaraya tempatan iaitu Bataras Hypermarket Batu Arang dan Family Mart Shopping Mart.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail yang merasmikan program tersebut berkata, ia merupakan satu inisiatif Payung RAHMAH yang bertujuan membantu masyarakat mendapatkan barangan dengan harga lebih murah dari pasaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM 40 ribu untuk program ini sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan rakyat.
Antara barangan yang ditawarkan dalam Jualan RAHMAH adalah bawang, gula, susu manis, ikan, ayam, beras dan tepung gandum.
Selain itu, Rithuan juga telah melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 yang meliputi 20 jenis barangan seperti daging kerbau import India, ikan kembung, tomato, cili merah, kacang panjang, bawang besar dan kelapa parut.
Comments