top of page

Juara Muaythai Sabah terima insentif daripada kerajaan negeri

  • nabalunews
  • Apr 30
  • 1 min read

30 April 2026


KOTA KINABALU: Atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra menerima insentif kerajaan negeri susulan kejayaannya menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jumaat lepas.


Insentif berjumlah RM5,000 itu disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.


Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga atas kejayaan Emmabell yang mengharumkan nama Sabah dan negara di pentas antarabangsa.


Beliau berkata kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet negeri ini untuk bersaing serta menyerlah di pentas antarabangsa, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.


Majlis penyerahan insentif itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Juil Nuatim serta Setiausaha Tetap kementerian berkenaan Datuk Mansur Asun.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page