top of page

Jubilo Cup 2026: 250 Peserta, 16 Pasukan Bertanding di Kota Belud

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 5 Julai – Seramai 250 peserta daripada 16 pasukan menyertai Karnival Bola Sepak Jubilo Cup bagi kategori B10 dan B12 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad, Kota Belud.


Karnival yang berakhir hari ini dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Daerah (SAFA) Kota Belud, Fandhy Rajin, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.



Menurut Fandhy, penganjuran karnival ini bertujuan menyokong program pembangunan sukan negeri serta melahirkan pelapis berbakat untuk Sabah. Beliau berharap kejohanan sebegini dapat memperkukuhkan jaringan pembangunan sukan di negeri ini, di samping meningkatkan penglibatan komuniti dan mengeratkan hubungan sosial melalui aktiviti sukan.


Tegas beliau lagi, Karnival Piala Jubilo bukan sekadar medan pertandingan yang sihat dan kompetitif, malah menjadi platform memupuk nilai disiplin, semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta perpaduan dalam kalangan generasi muda.


Kehadiran ibu bapa, jurulatih dan penyokong sepanjang karnival ini turut menyerlahkan sokongan padu masyarakat terhadap pembangunan bola sepak di daerah Kota Belud.


Pihak SAFA Kota Belud turut menyatakan komitmen untuk sentiasa menyokong sebarang penganjuran kejohanan atau karnival oleh mana-mana pasukan mahupun individu demi memajukan lagi sukan bola sepak di daerah itu.


Justeru, penganjuran Karnival Piala Jubilo diharap terus diperkasakan sebagai program pembangunan bola sepak akar umbi yang berterusan, sekaligus menyumbang kepada pengukuhan jaringan komuniti dan pembangunan sukan di Negeri Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page