• Wartawan Nabalu News

Jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat kepada 308 orang


Foto oleh APM Pitas

4 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

PITAS: Seramai 308 penduduk daripada 127 keluarga dari beberapa buah kampung kawasan Pitas yang terjejas teruk banjir dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Daripada jumlah itu 45 orang daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS SK Salimpodon, 64 orang daripada 20 keluarga (PPS Dewan Kusilad), 125 orang daripada 46 keluarga (PPS SK Pekan 2) dan seramai 74 orang daripada 51 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kg.Kabatasan Pitas.


Jumlah mangsa banjir di Pitas yang dipindahkan ke PPS meningkat daripada 234 penduduk daripada 94 keluarga pada 2 Januari kepada 308 orang daripada 127 keluarga yang dilaporkan pada hari ini (4 Jan).


Pada hari ini APM Pitas membuat tinjauan di Kampung Kabatasan Laut bersama Pegawai Pertahanan Awam Pitas Lt(PA) Bakrin Shamsudin dan sembilan pegawai lain dan mendapati kampung itu masih tidak boleh didiami oleh penduduk.


“Kesemua penduduk kampung masih berada di PPS kerana banjir di kawasan kampung mereka masih berada pada tahap bahaya,” katanya.


Foto oleh APM Pitas

Menurut maklumat terkini situasi banjir daerah Pitas, Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka masih berada pada paras amaran.


Pertembungan fenomena air pasang surut laut yang diramalkan mula pasang pada sebelah petang hingga lewat malam dengan hujan renyai-renyai dan banjir di bahagian ulu menyebabkan paras air sungai naik sehingga ke paras bahaya dan menenggelamkan jalan-jalan utama di Pitas terutamanya kawasan tanah rendah. Bagaimanapun ia masih boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.


Setakat ini sebanyak 15 kampung di Pitas masih terjejas banir iaitu Kg.Salimpodon Darat, . Kg. Salimpodon Darat, Kg. Kusilad, Kg. Kerasik, Kg. Kemiri, Kg. Sibaung, Kg. Taka, Kg. Pondoi, Kg. Kg. Kabatasan Laut, Kg. Bilangau Besar, Kg. Lugu, Kg. Sumbilingon, Kg. Masin Besar, Kg. Pinggan-Pinggan, Kg. Sinasak dan Kg. Senaja.


Manakala 32 kampung terperangkap ekoran laluan utama dinaiki air. Kampung-kampung itu ialah Kg. Lokos Vunui, Kg. Mendamai, Kg. Pandan Mendamai, Kg. Lugu, Kg. Pandan, Kg. Kobon, Kg. Tukar, Kg. Perupuk, Kg. Mandamai Bai, Kg. Sosop Bai, Kg. Kg. Sosop, Kg. Dandun Pusat, Kg. Dandun Laut, Kg. Dandun Darat, Kg. Tutuoon, Kg. Mandurian Laut, Kg. Meliau.


Selain itu Kg. Pinapak, Kg. Bambangan Ulu, Kg. Maliau Pusat, Kg. Salungkapit, Kg. Mangkabusu, Kg. Botung, Kg. Sapatalang, Kg. Bitulung, Kg. Kiambalang, Kg. Kinangoh, Kg. Andap, Kg. Rinasuk Bai, Kg. Rinasuk Unggol, Kg. Rinasuk Kibulu dan Kg. Ladap.


Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan tujuh jalan utama dan jalan kampung terjejas banjir dan dua daripada jalan itu masih tidak boleh dilalui.


Jalan yang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan ialah Jalan Kg. Kusilad dan Jalan Kg. Ladap.


Manakala Jalan Kg. Pinggan-pinggan, Jalan Kg. Tambilidon, Jalan Kanibongan Kg. Pias, Jalan Kanibongan Kg. Layung kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.


Simpang masuk ke jalan Kg. Lokos Vunui terputus dan telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan.