top of page

Katedral St. Mary Sandakan terima sumbangan ADUN Tanjong Papat sempena Krismas

  • nabalunews
  • Dec 15, 2024
  • 1 min read



15 Disember 2024


SANDAKAN: Sempena Krismas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyampaikan peralatan aktiviti riadah dan kegunaan operasi pejabat Katedral St.Mary Sandakan semasa lawatan beliau ke katedral itu pada Ahad.


Sumbangan ini disampaikan kepada Father Raymond Lee dan ahli gereja sebagai usaha menyokong kepelbagaian dalam komuniti setempat.


Antara yang disumbangkan termasuk pickleball dan dart untuk kegunaan aktiviti riadah selain komputer meja dan komputer riba untuk mempermudahkan operasi pejabat di rumah ibadat itu.


Frankie menegaskan komitmennya untuk menyokong komuniti tanpa mengira latar belakang dan juga kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.


Sementara itu Raymond Lee menyampaikan penghargaan kepada Frankie atas keprihatinan beliau terhadap keperluan komuniti gereja.


Katanya sumbangan itu akan membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran pejabat di premis itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page