top of page

Kejohanan Badminton Gempak UPKO Kota Marudu Kukuhkan Perpaduan Komuniti Setempat

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

27 Mei 2025


KOTA MARUDU: Kejohanan Badminton Gempak – Aksi Smash Gabungan 70 Tahun anjuran Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad lalu di Dewan OJS Goshen. Program tersebut menyaksikan penyertaan 12 regu dan berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.30 malam, sekali gus menyerlahkan semangat kesukanan serta kekitaan dalam kalangan masyarakat setempat.


Kehadiran Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Marudu, Pillexson James, memeriahkan lagi acara apabila beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan beramah mesra bersama peserta serta penyokong yang hadir. Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pemuda, saudara Addy Lumanid.


Kejohanan ini bukan hanya dilihat sebagai pentas mencungkil bakat baharu dalam arena badminton, malah menjadi medium penting dalam memperkukuh hubungan komuniti setempat, khususnya dalam kalangan golongan muda. Setiap pasukan yang bertanding menampilkan disiplin tinggi, semangat juang dan profesionalisme yang jelas menggambarkan kesungguhan mereka dalam menjayakan kejohanan.

Dalam ucapannya, saudara Pillexson turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Jul Jasel, Jebli Tunggayo, dan James Kuhut atas kecekapan serta dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir.


Keputusan Rasmi Kejohanan, dimenangi oleh regu Aguwell Andrew dan Respin Rambayuan.


Naib Johan, Datu Mohd. Saffuan Nizam Datu Sardik dan Malai Saharuddin Malai Ahmat manakala Tempat Ketiga Bersama, Regu Mohd Fahmi Jani dan Jebli Asang dan regu Julis Yumboris dan Del Mario Dahyan.


Kejohanan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak aktiviti berunsurkan sukan dan komuniti pada masa hadapan, sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh perpaduan, menggalakkan gaya hidup sihat dan membina sahsiah positif dalam kalangan generasi muda.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page