top of page

Kekurangan Pemain Tengah Menyukarkan Pasukan Sabah FC

nabalunews
Aug 24, 2025
1 min read

24 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Ketiadaan pemain tengah ekoran kecederaan dan penggantungan perlawanan memberi kesukaran kepada pasukan Sabah FC menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) FC.


Dalam aksi Liga Super pertama di laman sendiri di Stadium Likas malam tadi bagaimanapun berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.


Penolong Ketua Jurulatihnya, Alto Linus berkata, pasukan Sabah bermain dalam situasi serba kekurangan sehinggakan terpaksa meletakkan Daniel Ting sebagai pemain tengah.

Bagaimanapun katanya, dengan semangat juang yang ditunjukkan pemain, keputusan seri yang dilakarkan disifatkan sebagai wajar.


“Pada malam ini kita turun dengan serba kekurangan apabila kita lihat dalam kesebelasan utama di mana kita kehilangan beberapa ‘midfield’.


“Pertama sekali pada perlawanan lepas di mana Dean Pelekanos diberikan kad merah dan juga dua pemain utama kita Cifuentes dan Stuart Wilkin mengalami kecederaan.


“Sebab itu malam ini kita letak Daniel Ting bermain di sana sebab kita tidak ada ‘backup’ untuk bermain di posisi itu disebabkan kecederaan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.


Alto berkata, pasukan Sabah FC mempunyai beberapa peluang namun gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.


“Pada malam ini kita juga mempunyai peluang-peluang yang boleh diterjemahkan dengan jaringan gol tapi kita mensia-siakan peluang.


“Saya rasa dengan kecederaan pemain utama adalah ‘fair’ dengan apa yang kita dapat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page