top of page

Kelewatan pembayaran elaun JPKK disebabkan akaun bank penama tidak sah

Wartawan Nabalu News


1 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri berkata

Antara puncu kelewatan proses pembayaran elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) disebabkan maklumat akaun bank penama yang diterima daripada daerah atau JPKK tidak sah selepas pembayaran dikemukakan kepada pihak Jabatan Bendahari Negeri.


Beliau berkata, bagi kelewatan pembayaran elaun pengurusan mesyuarat untuk lantikan JPKK pada penggal pertama tahun 2021, pengumpulan maklumat pengurusan mesyuarat masih diproses secara manual dan penghantaran minit mesyuarat didapati tidak disertakan maklumat akaun bank yang menyebabkan pihak Kementerian mengambil masa untuk memproses penyata minit tersebut.


“Bagi mengatasi isu itu, kementerian telah membangunkan Sistem Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (e-JPKK) untuk memastikan makluamt pembayaran elaun bulanan dan elaun Mesyuarat Badan JPKK dapat disediakan dengan sistematik dan efektif.


“Sistem e-JPKK telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 26 Ogos lalu semasa Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Kali ke-25 di Semporna,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Ewon bertanya kenapa masih terdapat aduan berkenaan kelewatan pemberian elaun bulanan dan elaun mesyuarat kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan apakah usaha yang telah diambil bagi mengelak masalah ini berulang.


Samad berkata, sistem itu akan digunapakai sepenuhnya untuk pelantikan JPKK dan biro keahlian pada Januari 2023 di seluruh Pejabat Daerah Negeri Sabah.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page