top of page

Kerajaan negeri kutip RM1.251 billion di bawah cukai produk petroleum

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 28, 2021
  • 1 min read


28 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kutipan cukai jualan keatas Produk Petroleum sejak dikuatkuasakan mulai 1 April 2020 sehingga Ogos 2021 berjumlah RM1.251 billion.


Demikian dinyatakan dalam jawapan bertulis Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Hajiji Haji Noor.


Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick semasa persidangan dewan undangan negeri Sabah, di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.


Ewon bertanya berapakah jumlah hasil kutipan cukai jualan bagi Produk Petroleum yang sudah dikutip setakat ini.


Hajiji berkata, kerajaan negeri telah mewartakan Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai) 2018 bagi mengenakan CJN pada kadar lima peratus ke atas produk petroleum iaitu Minyak Mentah Petroleum dan Gas Asli/ Gas Asli Cecair.


“Menteri Kewangan telah menetapkan tarikh kuatkuasa cukai jualan negeri tersebut pada 1 April 2020 yang telah pun diwartakan.


“Sehubungan itu, jumlah kutipan cukai jualan ke atas Produk Petroleum sejak dikuatkuasakan mulai 1 April 2020 sehingga Ogos 2021 adalah berjumlah RM1.251 billion,” katanya.


Enakmen cukai jualan produk petroleum tersebut merpakan antara sumbangan dan usaha Kerajaan Negeri terdahulu di bawah Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri bagi menambah hasil negeri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page