top of page

Kereta musnah terbakar di Sandakan

  • nabalunews
  • Sep 25, 2024
  • 1 min read


25 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Sebuah kereta jenis Perodua Kancil dilaporkan terbakar di Bulatan Fajar, Jalan Airport Batu 7, Sandakan, malam semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 9.25 malam.


Katanya sepasukan 10 anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian dan melakukan operasi memadam kebakaran.


Jelasnya, pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula dan sumber air dari tangki jentera Bomba.


"Tiada mangsa terlibat dilaporkan.


Manakala punca dan anggaran kerugian masih disiasat," tambahnya.


Operasi bomba ditamatkan jam 9.55 malam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page