top of page

Kereta Terjunam Masuk Sungai

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


KOTA KINABALU: Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kionsom, berhampiran Bulatan Kitobu, Inanam, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kenderaannya terjatuh dari jambatan setinggi 10 meter.


Difahamkan, mangsa yang memandu kereta Perodua Axia terlanggar pembahagi jalan di bulatan berhampiran jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II (HQE2) pada jam 3.49 pagi.


“Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit melanggar bahagian simen bulatan sebelum terbabas ke dalam sungai.


“Tiada rakaman CCTV atau saksi bebas ditemui setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan.


Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 bagi membantu siasatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page