Kimanis berpotensi jadi pusat pelancongan: Rowindy
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kimanis berpotensi jadi pusat pelancongan: Rowindy

25 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KIMANIS: Kimanis yang terkenal sebagai pusat persinggahan berpotensi besar dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.


Sehubungan itu Ahli Lembaga Pengarah Tekun Nasional Rowindy Lawrence Odong menyeru penduduk kampung supaya merebuat peluang untuk meneroka perniagaan berasaskan pelancongan.

“Destinasi pelancongan masa kini tidak hanya difokuskan kepada keindahan alam semula jadi, tetapi merangkumi pelbagai aspek.


“Aktiviti pelancongan akan melonjakkan sumber pendapatan dan ekonomi di kawasan tersebut. Oleh itu saya berharap penduduk kampung kawasan Kimanis mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan seperti Tekun Nasional yang menyediakan pelbagai skim pembiayaan untuk usahawan tempatan, katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Sumbiling Kinolosodon, Ulu Kimanis Papar, di sini, pada Ahad.

Rowindy yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE) berkata, antara produk pelancongan yang amat sesuai dibangunkan di kawasan Kimanis ialah inap desa atau homestay kerana kawasan ini terkenal sebagai pusat persinggahan.


“Saya berharap melalui semangat perpaduan yang ada di kalangan masyarakat Kimanis dapat bersama-sama membangun dan merancakkan sektor pelancongan di kawasan masing-masing seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Kampung Kinolosodon Jasmin Lemou atas usaha beliau membangunkan kampung Sumbiling Kinolosodon dengan mengadakan Pesta Kaamatan yang julung kalinya diadakan di kampung itu sebagai permulaan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan penduduk kampung.


Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Upko Kimanis Vincent Lamik, Bendahari Upko Kimanis John Puduk dan Ketua Pemuda Upko Kimanis Royston.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page