top of page

KKR Komited Pantau Projek Pan Borneo Sehingga Siap

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

7 November 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa komited untuk memastikan Projek Pan Borneo Sabah siap mengikut jadual meskipun berdepan kelewatan dalam beberapa pakej kerja utama.


Difahamkan, sehingga Oktober 2025, kemajuan fizikal bagi Pakej 1A yang melibatkan 15 pakej KERJA telah mencapai lebih 85 peratus, berbanding jadual asal yang ditetapkan hampir 94 peratus.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usaha sedang digandakan agar kedua-dua pakej utama tersebut dapat disiapkan secepat mungkin demi manfaat rakyat di negeri ini.


“Sebab berlakunya kelewatan ini yang pertama ialah hal-hal berkaitan tanah, pengambilan balik tanah dan kedua hal-hal berkaitan pengalihan utiliti seperti air, elektrik dan telekomunikasi.


“Yang ketiga ialah mengenai pekerja dan juga bahan bekalan. Itu tiga perkara utama yang saya kira boleh diperbaiki kalau kita bandingkan Sarawak,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja rasminya ke Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej 7 (Jalan Inanam ke Sepanggar), di sini, pada Jumaat.


Sementara itu, Ahmad maslan turut memberi contoh beberapa projek kerajaan di Labuan yang berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.


Katanya, antaranya ialah jambatan di Kampung Air yang siap sembilan bulan lebih awal, serta pembinaan semula Asrama Kolej Vokasional Labuan yang disiapkan setahun lebih cepat.


“Kunci kejayaan mereka ialah pengurusan yang rapi dari segi kewangan, tenaga kerja, bahan dan masa bekerja,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page