top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu melibatkan pekerja ladang sawit Mukim Sukau catat 91 kes positif


10 September 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pekerja ladang sawit Mukim Sukau, dikenali sebagai KKluster Sawit Perpaduan – Kinabatangan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, 34, warganegara Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatangan pada 30 Ogos 2021. “Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID-19 dengan grading 100%, selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut. “Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain. Beliau berkata, setakat hari ini, kluster ini merekodkan 91 kes positif termasuk 82 kes baharu.


Comentarios


bottom of page