top of page

KUDAT KINI ZON MERAH, MENJADIKAN 16 ZON MERAH DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 19, 2020
  • 1 min read

Updated: Oct 20, 2020



19 OKTOBER 2020


BY WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU : Daerah Kudat kini diisytiharkan sebagai zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah di Sabah sebanyak 16 daerah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah-daerah yang dikategorikan zon merah ialah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.


"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 643 kes. Bilangan kematian adalah tiga orang.


" Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 8,082 kes. Sehingga hari ini, seramai 2,970 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala 5,048 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua lokaliti iaitu Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Taman Mat Salleh, Kg. Matambai, Kepayan mulai 20 Oktober (esok).


"Ini menjadikan jumlah keseluruhan lokaliti menjalani PKPD ialah 14 lokaliti," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page