Laluan, parkir Jalan Tugu ditutup sementara sempena Anzac Day 2026
- nabalunews
- 4h
- 1 min read

21 April 2026
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara tempat letak kereta dan laluan di sepanjang Jalan Tugu, bermula dari Bulatan Kampung Air hingga Bulatan Horizon, pada Rabu dan Jumaat ini.
DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu diadakan bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Anzac Day Commemoration ‘Lest We Forget’ 2026.
“Penutupan pada 22 April adalah bersempena raptai penuh, manakala pada 24 April bagi pelaksanaan acara sebenar.
“Penutupan pada kedua-dua tarikh akan bermula dari 6 pagi hingga 10 pagi,” menurut kenyataan itu.
DBKK menjelaskan, langkah penutupan sementara itu bertujuan memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang penganjuran acara tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
DBKK turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh penutupan berkenaan.















Comments