top of page

Laluan, tempat letak kereta sekitar Kota Kinabalu ditutup sempena Hari Malaysia

  • nabalunews
  • Sep 14
  • 1 min read

ree

14 September 2025


KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama dan tempat letak kereta sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara bermula hari ini bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka Selasa ini.


Menurut notis makluman Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), penutupan sementara itu bertujuan memastikan kelancaran raptai penuh pada 14 Sept (Ahad) serta acara kemuncak sambutan Hari Malaysia pada Selasa.


“Penutupan ini melibatkan kawasan sekitar Padang Merdeka termasuk tempat letak kereta Jalan Padang serta tempat letak kereta di tapak perpustakaan lama selain laluan utama Jalan Padang dari King Park Hotel hingga gerbang Jalan Istana.


“Penutupan pada 14 Sept adalah dari 1 pagi hingga 11 malam di tempat letak kereta Jalan Padang, manakala Jalan Padang akan ditutup secara berkala dari 4 petang hingga 11 malam.


“Sementara itu, pada 16 Sept, laluan Jalan Padang akan ditutup secara berkala dari 4 petang hingga 11 malam, manakala tempat letak kereta Jalan Padang dan tapak perpustakaan lama akan ditutup dari 1 pagi hingga 11 malam,” menurut notis makluman itu.


Sehubungan itu, DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page