Lawatan tapak pembinaan jambatan Kg. Kaung Ulu, Kadamaian
- Wartawan Nabalu News
- Jul 24, 2024
- 1 min read

24 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Satu lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Kg. Kaung Ulu di Kadamaian telah diadakan baru-baru ini bagi meninjau persiapan pembinaan jambatan itu.
Dalam pada itu, lawatan tersebut itu juga untuk memastikan kelancaran persediaan program pecah tanah dan taklimat yang akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada 2 Ogos nanti.

Lawatan itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan projek untuk kemudahan rakyat itu berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Lawatan itu disertai oleh Pegawai Tugas-tugas Khas 2 Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dr. Rizoh Bosorong, PPM Kadamaian Saikom Watis, Ketua Pegawai Perhubungan ADUN Kadamaian Carlye Lajimin, Pengerusi JKKK Kg. Kaung Ulu Geoffrey Magaran, Jurutera Bahagian Kota Belud (JKR) Asnijah Sibin, Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian , Aniclose Kesimin dan pihak kontraktor.
Commentaires