Lebih 5,000 pengunjung hadir Karnival TEKUN Madani dan Showcase SDSI Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 5,000 pengunjung hadir Karnival TEKUN Madani dan Showcase SDSI Sabah 



11 Mei 2024

 Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Lebih 5,000 pengunjung menghadiri Karnival Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Sabah di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, di sini, hari ini.

 

Karnival sempena Pesta Kaamatan itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama TEKUN Nasional.

 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

 

Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata, pelaksanaan Karnival TEKUN MADANI dan Showcase SDSI bertujuan mewujud dan memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, pasar raya besar dari dalam dan luar negara.

 

Katanya, ia juga bertujuan menyediakan medium pemasaran produk dan perkhidmatan SDSI yang berkualiti, memberi kesedaran, meningkatkan akses dan peluang pembiayaan perniagaan kepada usahawan SDSI.

 

Seramai 61 usahawan SDSI daripada TEKUN Nasional, Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR) Sabah dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) terlibat dalam aktiviti jualan dan pameran produk makanan dan minuman, produk kraf, inap desa dan perkhidmatan kesihatan. 

 

Usahawan SDSI tersebut menjual dan mempamerkan produk SDSI yang unik serta melambangkan identiti sesebuah daerah.

 

Bersempena Pesta Kaamatan 2024 yang bertemakan Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan atau dalam bahasa Kadazan- Dusunnya “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”, pelbagai pengisian aktiviti menarik diadakan termasuklah persembahan kebudayaan dan pameran rumah etnik bagi memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat setempat.

 

KUSKOP berharap dengan pelaksanaan Karnival Tekun Madani dan Showcase SDSI ini dapat merancakkan aktiviti keusahawanan dan koperasi khususnya di Kuala Penyu yang seterusnya akan meningkatkan daya saing usahawan tempatan. 

 

Ini adalah selaras dengan hasrat dan kerangka visi Malaysia Madani di bawah tonggak “kesejAhteraan” yang membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan bagi memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

 

 

 

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page