top of page

Lelaki cedera kemalangan di Sandakan

  • nabalunews
  • Dec 22, 2024
  • 1 min read



22 Disember 2024


SANDAKAN: Seorang lelaki cedera apabila kenderaan dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan berhampiran Jalan Kampung Jawa, Batu 12, Sandakan, awal pagi tadi.


Menerusi satu kenyataan di sini pada Ahad, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa, 52 di lokasi kejadian sebelum menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.


Katanya sepasukan 6 anggota dari BBP Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.37 pagi tadi.


"Setibanya di lokasi, pasukan Bomba terus membantu mengeluarkan mangsa dan kemudian kita serahkan kepada pihak KKM yang juga berada dilokasi untuk tindakan lanjut," tambahnya.


Katanya, selepas memastikan tiada kemerbahayaan yang lain, operasi bomba ditamatkan jam 5.25 pagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page