top of page
  • nabalunews

Lelaki didakwa bunuh anak tauke restoran di Sandakan


12 Ogos 2024


SANDAKAN : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sandakan hari ini, atas pertuduhan membunuh anak pemilik restoran di bandar ini, Julai lalu.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Zulfaizzie Hanafi Mohd Firdaus, 23, kerana kes bunuh berada dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi selain menunggu laporan forensik, bedah siasat dan kimia selesai dilakukan.


Mohammad Zulfaizzie didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas, membunuh Mohammed Noufal Abdul Rasheed, 35, pada 21 Julai lalu kira-kira jam 5.18 pagi hingga 11.

30 pagi 25 Julai lalu, di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Memanjang, Sandakan.


Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zamri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Majistret Nur Faezah Jafry kemudiannya menetapkan sebutan semula kes itu pada 10 September depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.


Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki diburu polis selepas penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di kawasan semak berdekatan ladang kelapa sawit pada 25 Julai lalu.

Comments


bottom of page