Lelaki Maut Ditikam
- nabalunews
- Jun 9, 2025
- 1 min read

8 Jun 2025
KINABATANGAN: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam di kawasan perumahan pekerja Ladang Unico Desa Oil Mill, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dikatakan diserang tiga lelaki ketika berada di rumah pekerja kilang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D. Ravi, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada anak saudara mangsa pada jam 4.40 pagi.
Katanya, hasil siasatan awal, ketika kejadian, ketiga-tiga suspek turut dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
“Ketika diserang, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam rumah, namun terus dikejar oleh suspek yang bersenjatakan pisau.
“Seorang daripada suspek kemudiannya memecahkan cermin tingkap sebelum masuk mengejar mangsa di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, dua daripada suspek kemudiannya dipercayai bertindak menikam mangsa di badan.
Katanya, mangsa yang parah sempat meminta pertolongan sebelum rebah di dalam longkang berhampiran lokasi kejadian.
“Semua suspek terus melarikan diri dan mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya
Susulan kejadian itu, Ravi berkata, polis berjaya menahan dua daripada tiga suspek yang dikenali sebagai Basril Karim, 46, dan Risal Asnawing, 30 tahun.
“Kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan mereka turut mengaku berada di lokasi kejadian bersama seorang lagi rakan yang kini masih diburu.
"Polis berjaya merampas sebilah pisau sepanjang 17 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ketiga diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.















Sangat tragis... Hanya kerana pertengkaran kecil, hidup seseorang boleh berakhir begitu saja. Kadang manusia bila hilang kawalan diri, segalanya boleh jadi buruk.
Saya baru main Escape Road semalam — game tu buat saya fikir, betapa sukarnya nak “lari” bila bahaya betul-betul datang. Dalam kes ni, mangsa memang cuba menyelamatkan diri… tapi malangnya tak sempat.
Is Skribbl a game you've played before? An entertaining game that brings people together, perfect for informal gatherings with friends.
The farther you go, the faster it gets—making every move more intense. Dodge obstacles, stay sharp, and see how long you can survive in Slope unblocked, a fast-paced challenge.