top of page
  • nabalunews

MADIUS SUMBANG PAKEJ MAKANAN KEPADA PENDUDUK TERJEJAS COVID DI TUARAN


21 Nov 2020


TUARAN: Sebanyak 300 pakej makanan diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini.


Penerima bantuan terdiri daripada penduduk sekitar Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu, di sini.


Sumbangan disampaikan oleh kakitangan di Pusat Khidmat Parlimen P170 Tuaran.


Pakej makanan itu merupakan sumbangan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Untuk rekod, Madius kini berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Persidangan Dewan Rakyat.


Beliau berharap, sumbangan pakej makanan itu serba sedikit dapat meringankan beban penduduk yang terjejas.


bottom of page