Majlis anugerah raih pelajar cemerlang SK Pinolobuh
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Majlis anugerah raih pelajar cemerlang SK Pinolobuh


11 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Pinolobuh menerima anugerah dan penghargaan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang berlangsung di Dewan Sekolah semalam.


Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian, Carlye Lajimin, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Dalam ucapan beliau, Carlye menyampaikan salam dan ucapan tahniah daripada Datuk Ewon Benedick yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan tugas rasmi.


Majlis tersebut adalah satu penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang diceburi khususnya dalam bidang akademik dan kokurikulum.


"Semoga majlis pada hari ini akan menjadi dorongan, motivasi dan inspirasi kepada semua murid bagi mencapai kecemerlangan di peringkat yang seterusnya," katanya dalam ucapan beliau.


Beliau juga menasihati ibu bapa supaya memberi sokongan dan bimbingan kepada anak-anak mereka dalam pembelajaran dan tidak menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru dan pihak sekolah.


"Bagi mencapai kejayaan, semua pihak semestinya berganding bahu dan melangkah serta berusaha merealisasikannya," ujar beliau.


Antara pelajar-pelajar yang menerima anugerah pelajar harapan ialah Aldoricco Elvister dan Dear Deraa Ryan Prima.


Majlis itu turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, serta ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar.

bottom of page