top of page

Mangsa Bot Kemalangan, Ditemui Meninggal Duni

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

11 Januari 2026


SEMPORNA: Mangsa yang dilaporkan hilang selepas insiden pelanggaran dua bot berhampiran Jeti Pelancong Semporna, Jumaat lalu, ditemui meninggal dunia, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Mohd Akhimullah Adan berkata, mangsa, Rosman Kandau, 24, ditemui pada jam 8.37 pagi di perairan Kampung Terusan Baru, kira-kira 3.4 batu nautika di tenggara jeti berkenaan.


Katanya, mangsa kemudiannya dibawa bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan.

““Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Terdahulu, Rosman dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah bot lain pada pagi Jumaat.


Insiden itu mengakibatkan turut individu empat individu lain termasuk tekong bot mengalami kecederaan, manakala mangsa dilaporkan hilang selepas gagal ditemui.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus dilaksanakan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan lain.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page