top of page

Maritim Malaysia Selamatkan Kru Kapal Cedera

  • nabalunews
  • Jan 2
  • 1 min read

2 Januari 2026


LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) bagi menyelamatkan seorang kru kapal kargo di perairan Labuan, awal pagi tadi.


Mangsa warga Arab Saudi itu dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran elektrik dan terpaksa segera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.


Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Izwanhadi Idros berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.15 pagi daripada Pusat Kawalan Pelabuhan Labuan.


Katanya, ketika kejadian, kapal berkenaan dilaporkan berada sekitar 2.6 batu nautika di tenggara Pulau Papan.


“Susulan makluman itu, Bot Petir 90 digerakkan dari jeti Zon Maritim Labuan ke lokasi bagi melaksanakan operasi MEDEVAC.


“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di muka dan tangan akibat kebakaran elektrik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Izwanhadi berkata, mangsa berjaya dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Labuan bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Sehubungan itu, Izwanhadi berkata, pihaknya Maritim Malaysia sentiasa komited dan bersiap siaga dalam memberikan bantuan kecemasan serta kemanusiaan kepada komuniti maritim di perairan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page