top of page

MASA OPERASI PERNIAGAAN DI SABAH JAM 9 PAGI HINGGA 6 PETANG BERKUAT KUASA SERTA MERTA

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula jam 9 pagi hingga 6 petang berkuat kuasa serta merta.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini berikutan bilangan kes positif Covid-19 hari ini yang mencecah 305 kes dan penambahan enam lagi kluster baharu.


“Maka Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran makanan, pembelian makanan secara bawa pulang dan pandu lalu beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.


“Begitu juga dengan semua jenis premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP dengan pematuhan SOP yang ketat iaitu dobi, kedai penjagaan haiwan, kedai cermin mata dan barang optic, kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai elektrik dan elektronik, pusat khidmat cucian kereta dan kedai menjual telefon,” katanya.


Beliau berkata, pasar awam dan pasar harian pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 3 petang.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page