top of page

Mayat Ditemui Di Cerun Jalan Tulid-Tongod

  • nabalunews
  • Jan 15
  • 1 min read

15 Januari 2026


KENINGAU: Satu mayat lelaki yang sudah berulat ditemui di kawasan cerun di kilometer 67.7, Jalan Tulid - Tongod berhampiran kawasan estet Kampung Nontodon, Sook, pada Rabu.


Mayat mangsa ditemui pada jam 8.16 pagi oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Ketua Polis Daerah Keningau Supritenden Yampil Anak Garai yang mengesahkan penemuan itu berkata, hasil pemeriksaan awal mengenalpasti mangsa adalah seorang warga asing berumur 45 itu telah reput dan berulat.

Katanya, mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui di kawasan semak samun di dalam cerun sedalam kira-kira 10 kaki.


“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau senjata termasuk kayu dan besi yang dikesan di tempat mayat ditemui.


“Kawasan penemuan juga sangat terpencil kira-kira 3 kilometer dari penempatan penduduk di paling hampir,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui beg pinggang berisi wang tunai Filipina dan wang syiling Malaysia dipercayai milik mangsa.


“Anggaran tempoh kematian menerusi penelitian awal adalah sekitar seminggu,” katanya.


Sementara itu, Yampil berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mendapati terdapat kesan luka di belakang kepala mangsa dipercayai kesan gigitan ular.

Katanya, pihak forensik turut mengesahkan punca kematian mangsa adalah atas faktor penyakit dalaman dan bukan disebabkan oleh kejadian serangan.


“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page