top of page

Mayat lelaki ditemui di dalam parit di Tawau

  • nabalunews
  • Apr 29
  • 1 min read


Gambar mayat mangsa lengkap berpakaian, namun, wajah tidak sempurna yang ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, Tawau hari ini.
Gambar mayat mangsa lengkap berpakaian, namun, wajah tidak sempurna yang ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, Tawau hari ini.

29 April 2025


TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui di dalam parit berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, Jalan Kampung Titingan, di sini, hari ini.


Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui orang awam dalam keadaan terapung di dalam parit berkenaan.


Difahamkan, bahagian wajah mangsa kelihatan tidak sempurna, namun tidak diketahui sama ada ia disebabkan gigitan haiwan ataupun perbuatan jenayah.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat penemuan itu.


Katanya, maklumat diterima daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada jam 12 tengah hari.


"Ekoran daripada itu, pihak polis bergerak ke lokasi kejadian dan menemui mayat lelaki terbabit.


"Bagaimanapun, butir-butir diri mangsa belum dapat dipastikan,"katanya ringkas kepada media di sini, hari ini.


Jasmin berkata, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tawau untuk tujuan proses bedah siasat.


“Setakat ini, pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page