top of page

Mesyuarat Wanita UPKO Kota Belud Fokus Kekalkan Keyakinan Rakyat terhadap Penyandang ADUN Kadamaian

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

5 Julai 2025


KOTA BELUD : Mesyuarat Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud kali ke-2 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, baru-baru ini pada jam 1.00 petang.


Mesyuarat tersebut dihadiri oleh barisan kepimpinan wanita UPKO dan menumpukan perbincangan kepada strategi serta pendekatan dalam usaha memperkukuh sokongan pengundi di kawasan Kadamaian. Fokus utama mesyuarat adalah untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap penyandang ADUN Kadamaian merangkap Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, terus dipelihara.


Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Belud, Datin Saniah Tuak, dalam ucapannya menekankan pentingnya menjaga akhlak dan tingkah laku dalam semua keadaan, terutama ketika berdepan dengan pihak lawan.

“Jaga kelakuan kita di mana sahaja kita berada. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah dan jangan ikut rentak pihak lawan yang gemar memutar belit fakta serta menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat,” tegas beliau.


Beliau turut menyeru agar semua ahli wanita UPKO terus kekal bersatu padu, berdisiplin, dan fokus dalam memperkasa peranan wanita sebagai tunjang kekuatan parti di peringkat akar umbi.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page