top of page

Hari Wesak: Hayati nilai kerukunan, keharmonian - PM

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read


12 Mei 2025


KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menghayati nilai belas, kerukunan dan keharmonian sempena sambutan Hari Wesak hari ini.


Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Anwar berkata Hari Wesak merupakan peringatan penting khususnya dalam mengangkat nilai sejagat yang merangkumi prinsip belas, kedamaian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.


“Di Malaysia, sambutan ini mengajak serta menjentik nurani masyarakat untuk bersama menyemarakkan karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan di tengah kemajmukan.



“Justeru itu, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page