top of page

Motosikal Dipercayai Rempuh Kereta Selepas Langgar Lampu Merah

  • nabalunews
  • 15 minutes ago
  • 1 min read

ree

1 Januari 2026


KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat BSA Kolombong, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menaiki motosikal bergerak dari arah Likas ke Lintas ketika lampu isyarat berwarna merah.

ree

Bagaimanapun Katanya, mangsa terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kereta Perodua Alza yang membelok ke kanan menuju ke BSA Kolombong selepas lampu isyarat bertukar hijau.


“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan.


“Pembonceng motosikal dan pemandu kenderaan MPV turut mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan kenderaan Perodua Alza pula mengalami kerosakan pada bahagian sisi kiri.


Katanya, pihak polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil gambar serta lakaran rajah kasar untuk tindakan selanjutnya.


“Pihak polis turut cuba mengesan saksi bebas, menahan kenderaan terlibat untuk pemeriksaan Puspakom dan mendapatkan rakaman CCTV berhampiran lokasi kejadian untuk membantu siasatan.


“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sehubungan itu, Kasim meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.


Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088 529222.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page