top of page

Pantau pokok terlalu rimbun di kawasan perumahan di Tawau

  • nabalunews
  • Apr 27
  • 1 min read

Justin meninjau keadaan pokok-pokok besar yang rimbun di beberapa kawasan taman perumahan di daerah ini yang memerlukan kerja-kerja pemangkasan segera demi keselamatan penduduk.
Justin meninjau keadaan pokok-pokok besar yang rimbun di beberapa kawasan taman perumahan di daerah ini yang memerlukan kerja-kerja pemangkasan segera demi keselamatan penduduk.

27 April 2025


TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong menggesa pihak berkenaan supaya kerap melakukan pemantauan terhadap pokok-pokok besar yang terlalu rimbun di beberapa kawasan perumahan di daerah ini.


Beliau khuatir pokok-pokok besar yang rimbun itu boleh mendatangkan pelbagai risiko seperti pokok tumbang lalu menghempap kabel elektrik, kenderaan atau bumbung rumah, jika angin kencang dan hujan lebat.


“Banyak pokok besar yang tidak dipangkas secara berkala berisiko tinggi untuk tumbang, terutamanya pada musim hujan.


“Bagi mengelakkan insiden pokok tumbang berulang, saya berharap pihak berkuasa berkaitan dapat segera memantau dan melakukan kerja-kerja pemangkasan di kawasan perumahan sekitar Tawau,”katanya hari ini.


Beliau membuat gesaan itu selepas turun padang meninjau kawasan Taman Gabung dan Taman Nordin, di sini selepas menerima aduan penduduk yang bimbang keselamatan mereka.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pemantauan itu penting bagi memastikan pokok-pokok yang perlu dipangkas dapat segera diuruskan, sekaligus mengelakkan risiko pokok tumbang ketika hujan lebat dan memulihkan pencahayaan di kawasan perumahan.


Katanya, walaupun pokok-pokok besar berfungsi untuk menghalang cahaya matahari, namun akan menyebabkan kurang pencahayaan jika terlalu rimbun.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page