top of page

Parti Warisan Umum Calon DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 2 min read

ree

5 Januari 2026


KINABATANGAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.


Selain itu, WARISAN turut mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan, Mazliwati Abdul Malek untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.


Pengumuman kedua-dua calon berkenaan dibuat Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking menjelang hari penamaan calon pada 10 Januari depan.

ree

Darell berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan dipilih kerana mereka lebih memahami keperluan rakyat di kawasan itu, selain memiliki pengalaman.


“Mazliwati ialah seorang pemimpin yang memahami keperluan warga Lamag, pengalaman serta kemampuannya membicarakan isu-isu berkaitan dengan sistem pentadbiran negeri akan membolehkannya menjadi suara lantang yang mampu mengangkat kepentingan Lamag di Dewan Undangan Negeri nanti.


“Datuk Saddi pula akan menggunakan segala pengalamannya selama 12 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjadikan Dewan Rakyat sebagai pentas untuk membahaskan hak-hak Sabah di peringkat Persekutuan serta memastikan suara rakyat Kinabatangan dibawa dengan tegas, berintegriti dan konsisten,” katanya.


Menurutnya, Warisan memasuki pilihanraya kecil DUN dan Parlimen ini dengan pendirian yang teguh terhadap perjuangannya iaitu sebuah parti yang setia kepada prinsip.


“Warisan kekal berpegang kepada misi menyelamatkan Sabah dan menyediakan halatuju politik yang jelas, konsisten serta berpaksikan mandat rakyat.


“Seiring dengan itu, Warisan akan terus komited dengan agendanya untuk Negeri Sabah yang menjadi pedoman kepada parti ini iaitu mempertahankan hak dan autonomi Sabah dan memperkukuhkan ekonomi tempatan dan kesejahteraan rakyat.


“Begitu juga mahu mengamalkan tadbir urus yang bersih, telus dan berteraskan rakyat dan membina masa depan yang adil, inklusif dan mampan untuk semua rakyat Sabah.


“Pilihanraya kecil Lamag dan Kinabatangan ini ialah mengenai soal prinsip, kepimpinan dan halatuju mana-mana parti yang bakal bertanding,” katanya.


Menurutnya, Warisan tidak pernah berkompromi dengan perjuangannya dan kedua-dua calon parti ini mencerminkan komitmen tersebut terhadap Negeri Sabah.


Sehubungan itu, katanya, Warisan menyeru semua pengundi yang layak agar menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada 24 Januari depan.


“Ia demi kepentingan dan masa depan yang lebih baik untuk Lamag, Kinabatangan dan Sabah,” tegasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page