top of page

Patung Dibawa Untuk Prosiding Inkues

  • nabalunews
  • Sep 4
  • 1 min read

ree

4 September 2025


KOTA KINABALU: Peguam bela remaja tertuduh, Datuk Ram Singh bersama pasukan guamannya dilihat membawa patung ke Mahkamah Koroner, di sini, untuk prosiding hari kedua, pagi tadi.


Difahamkan, patung berkenaan dibawa masuk ke kamar mahkamah bagi memudahkan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Zara Qairina Mahathir .


Prosiding hari ini disambung bagi memberi ruang kepada Dr Jessie menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC) serta pasukan peguam pihak berkepentingan.

ree

Dalam pada itu, peguam yang mewakili lima tertuduh remaja berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak juga dijangka akan mengemukakan soalan.


Sementara itu, pada hari pertama prosiding, Dr Jessie memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.


Katanya, mangsa tidak mungkin jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya dalam kejadian 16 Julai lalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page