top of page

PDRM rancang bina PULAPOL moden di Tuaran

  • nabalunews
  • Sep 7, 2024
  • 1 min read

7 September 2024


KOTA KINABALU: Sebuah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dirancang untuk dibina di Tuaran bagi menggantikan pusat sedia ada di Kota Kinabalu.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, PULAPOL baharu itu bakal dilengkapi keperluan latihan kepolisan serba lengkap bagi melahirkan pelatih polis yang cemerlang.


Menurutnya setakat ini PULAPOL Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada 1994 sudah melahirkan lebih 7,000 anggota polis menerusi 68 siri keluaran, lapor Info X.


“Jika kita lihat kepada jumlah anggota yang dikeluarkan di PULAPOL Kota Kinabalu, penerimaan pelatih untuk pegawai pangkat rendah serta kualiti yang ada di sini sama seperti pusat latihan lain yang ada dalam negara.


“Kita tidak menghadapi sebarang isu dalam memberikan latihan, bagaimanapun, PULAPOL Kota Kinabalu masih berdepan kekurangan fasiliti dan kemudahan terutamanya dari segi latihan di air.


“Oleh itu, PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil 68 Siri 3/2024 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page