Pekerja kedai tayar maut kena hentakan tayar meletup
- nabalunews
- 5 minutes ago
- 1 min read

19 Jun 2025
KENINGAU: Seorang pekerja kedai tayar maut selepas terkena hentakan tayar meletup dalam kejadian di Jalan Durok, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa Arizal Etin, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Keningau, Supritendan Polis Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa mengisi angin pada sebiji tayar lori 10 tan.

Bagaimanapun katanya, tayar berkenaan dipercayai meletup secara tiba-tiba dan mengakibat hentakan pada muka mangsa.
“Mangsa ketika itu sedang mengepam tayar sebelum meletup secara tiba-tiba dan menghentak kepala mangsa.
“Pemeriksaan di tempat kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesahkan tiada unsur jenayah terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Keningau untuk bedah siasat dan setakat kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Comments