top of page
nabalunews

Pemandu dan empat penumpang cedera kemalangan di Kinabatangan


6 November 2024


KINABATANGAN: Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat penumpangnya dikejarkan ke Hospital Kinabatangan selepas kenderaan itu terlibat kemalangan di Jalan Paris 1, dekat sini, awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.01 pagi menerusi talian MERS999.


Katanya sepasukan 6 pegawai dan anggota dari BBP Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai.


Setibanya bomba dilokasi, didapati kesemua mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam.


"Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kinabatangan menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Nurul Azlan Shah berkata operasi bomba ditamatkan jam 5. 32 pagi selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan Ravi Duraisamy, berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu dari arah Lahad Datu menuju Sandakan dan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Comments


bottom of page