top of page

Pemandu mabuk di denda RM10,000, penjara 1 hari

nabalunews

1 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki tempatan didenda RM10,000 atau penjara 5 bulan jika gagal membayar denda dan penjara satu hari serta lesen memandunya digantung selama 2 tahun.


Itu hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Sandakan ke atas Boy Tomi, 29, selepas dia mengaku melakukan kesalahan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya.


Hukuman dijatuhkan majistret Nur Faezah Jafry.


Berdasarkan fakta kes, Boy didapati melakukan kesalahan itu ketika memandu ke Batu 6 dari arah bandar Sandakan pada 6 April lalu kira-kira jam 11.05 malam sebelum dia ditahan polis yang sedang melakukan Op Mabuk di Jalan Utara, Batu 5, Sandakan pada hari sama.


Semasa ditahan, ujian kandungan alkohol dalam darah yang dijalankan ke atasnya juga didapati melebihi bacaan 50mg/100ml yang ditetapkan.


Boy dihukum mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987 (Pindaan 2020) yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Inspektor Rudi Anak Wong. 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page