top of page

Pemandu maut langgar penghadang jalan

  • nabalunews
  • Feb 23
  • 1 min read

23 Februari 2025


TUARAN: Seorang pemandu maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan dalam kejadian di Kampung Lakang, Jalan Berunggis, Tamparuli, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa berusia 28 tahun disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.35 petang.

Katanya, setiba pasukan bomba di lokasi, kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz yang dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh penghadang jalan.


"Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan bomba terus bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 7.05 malam," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page