Pembaharuan Lesen DBKK 2026 Kini Dibuka
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

21 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan proses pembaharuan lesen bagi tahun 2026 telah dibuka bermula 15 Oktober 2025, kecuali bagi lesen hotel dan rumah lojing yang akan dibuka pada 15 Disember ini.
DBKK dalam satu kenyataan menasihatkan semua pemegang lesen untuk memperbaharui lesen perniagaan dan lesen DBKK masing-masing sebelum 31 Disember 2025 bagi mengelakkan kesesakan di kaunter selain memastikan kelancaran urusan.
Antara lesen yang perlu diperbaharui termasuk lesen berniaga di bawah Ordinan Lesen Perniagaan 1949, lesen penjualan arak, lesen iklan, pub dan bar, pusat kecantikan dan kesihatan, restoran, kedai kopi, gerai makan, bakeri, kilang memproses makanan dan minuman, serta lesen hiburan.

Menurut DBKK, proses pembaharuan boleh dilakukan secara fizikal di kaunter pembayaran ibu pejabatnya atau melalui perkhidmatan dalam talian DBKK e-Services di pautan https://eservices.dbkk.sabah.gov.my/login
Selain itu, DBKK turut mengingatkan pemegang lesen supaya memastikan tiada tunggakan lesen atau kompaun sebelum melakukan pembaharuan, selain mengemas kini rekod perniagaan di Jabatan Pelesenan DBKK sekiranya berlaku perubahan maklumat.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pelesenan DBKK di talian 088-521800.
Tamat