top of page

Pemilihan JKKK, Ketua Kampung DUN Tamparuli diserah kepada rakyat

  • nabalunews
  • Jan 17
  • 1 min read

17 Januari 2026


KOTA KINABALU: Pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli akan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat di kawasan itu.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, pendekatan itu bertujuan memastikan kepimpinan kampung yang dibentuk benar-benar mendapat sokongan dan penerimaan masyarakat setempat.


Menurutnya, langkah tersebut mencerminkan semangat keterbukaan dan keprihatinan dalam usaha memperkukuh kepimpinan kampung demi kemajuan dan kesejahteraan seluruh penduduk DUN Tamparuli.


“Pembentukan JKKK dan pelantikan Ketua Kampung dibuat bagi memastikan pentadbiran kampung berjalan dengan teratur serta berfungsi sebagai penghubung berkesan antara rakyat dan kerajaan.


“Proses ini menekankan penglibatan penduduk kampung,di mana pemilihan dibuat dengan mengambil kira pandangan, sokongan dan penerimaan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Madius berkata, satu mesyuarat diadakan pada Jumaat bersama Pegawai Daerah Kecil (ADO) Tamparuli, Penolong Pegawai Mukim (PPM) Tamparuli serta kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli bagi membincangkan proses pemilihan JKKK dan Ketua Kampung di kawasan berkenaan.


Jelas beliau, antara kriteria utama yang diberi perhatian termasuk penglibatan aktif dalam kerja kemasyarakatan, keupayaan memimpin dan menyatukan penduduk, integriti, disiplin serta komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.


Selain itu, katanya calon juga perlu berupaya merancang pembangunan kampung bagi jangka pendek dan jangka panjang, selain tinggal secara tetap di kampung yang diwakili.


“Cadangan nama diperoleh melalui perbincangan bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung sebelum dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawap berkaitan untuk pertimbangan dan kelulusan.


“Pelantikan ini bertujuan memastikan kebajikan rakyat dapat diurus dengan lebih baik,isu kampung ditangani secara berhemah,pembangunan dirancang dengan tersusun dan berperingkat serta suara rakyat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page