top of page

Pengawal keselamatan cabul pekerja di kedai runcit di Kg Andrassy

  • nabalunews
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Asisten Komisioner Jasmin Hussin
Asisten Komisioner Jasmin Hussin

21 November 2025


TAWAU: Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul pekerja kedai runcit di Kg Andrassy minggu lepas, membawa padah apabila diberkas polis di kawasan Jalan Apas, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek warga tempatan berusia 26 itu dikatakan tiba-tiba menyentuh bahagian badan mangsa, 20, yang ketika itu sedang bertugas di kaunter pembayaran.


“Dalam kejadian itu, pekerja wanita berkenaan menepis tangan suspek dan segera membuat laporan polis,”katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau menahan suspek di hadapan sebuah kedai tayar di Jalan Apas sekitar jam 1.30 pagi.


Katanya, polis turut merampas sehelai baju hitam dan sebuah beg jenama yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.


Jasmin berkata, pemeriksaan rekod lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Tambahnya, suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Mengulas lanjut, beliau mengingatkan orang ramai, khususnya wanita yang bekerja bersendirian supaya lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang kejadian jenayah yang dialami mereka.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page