top of page

Peningkatan 110 % pelajar baharu di Politeknik Sandakan Sabah

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read

6 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN : Politeknik Sandakan Sabah (PSS) yang terletak di Hab Pendidikan, Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan menerima kemasukan 87 pelajar baharu pada hari pendaftaran pelajar.


Bilangan pelajar baharu ini meningkat 110 peratus berbanding purata pengambilan seramai 80 pelajar sebelum ini.


Untuk rekod, Politeknik Sandakan Sabah juga merupakan satu-satunya politeknik di Borneo yang menawarkan Diploma Teknologi Akuakultur dan Diploma Agroteknologi.


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSS, Effandy Masalleh berkata, bagi pelajar yang tidak berjaya bagi permohonan menerusi UPU buat kali pertama, rayuan kemasukan boleh dibuat dan ia akan diumumkan pada 8 Ogos 2024 ini. 


Katanya peningkatan kemasukan pelajar baharu sebanyak 110 peratus itu juga memperlihatkan sambutan dan penerimaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh Malaysia dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya agroteknologi dan teknologi akuakultur yang sememangnya mendapat sambutan memberangsangkan.


Baru-baru ini, Minggu Suai Kenal pelajar baharu PSS juga telah diadakan pada 29 Julai sehingga 2 Ogos.


Effandy berkata di sepanjang minggu suai kenal itu, pelajar baharu PSS kelihatan begitu bersemangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyambung pengajian mereka di politeknik itu dan menjalani kehidupan di kampus sebagai pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page