top of page

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

  • nabalunews
  • Jun 24
  • 1 min read

24 Jun 2025


LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya parah selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dam, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, 19, patah kaki kanan dan dirawat di hospital.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 36 tahun bergerak dari bandar menuju ke arah Palm Height.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan.


"Akibat perlanggaran, mangsa dan rakannya tercampak ke bahu jalan manakala kereta terbabas namun pemandu tidak cedera," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Humaidi Harun di talian 089-881255 atau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.


"Polis turut menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati, terutama dalam cuaca hujan," katanya.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page