top of page

Perdana Park ditutup sementara ekoran serangan memerang

  • nabalunews
  • Sep 12, 2024
  • 1 min read



11 September 2024


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengarahkan penutupan sementara Perdana Park Tanjung Aru ekoran kes pengunjung diserang memerang ketika berjoging, pagi tadi.


Menerusi satu kenyataan, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkata tindakan itu bagi menjamin keselamatan pengunjung.


Selain itu, katanya penutupan itu juga bagi memberi laluan kepada DBKK, dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.


“DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan Taman Perdana Tanjung Aru bagi mengelakkan sebarang insiden lain yang tidak diingini.


“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page