Perjuangan 40 Peratus: UPKO Raih Sokongan Pengundi Sabah
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

28! November 2025
KOTA KINABALU: Langkah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berpotensi meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti itu, khususnya dalam konteks sentimen politik semasa di Sabah.
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dr Arvin Tajari berkata, sentimen semakin kuat dalam kalangan pengundi Sabah ketika ini cenderung kepada parti-parti lokal yang dilihat lebih memahami aspirasi dan keutamaan negeri.
“Sentimen di Sabah sekarang mahukan parti lokal. Ini menjadi faktor utama yang boleh membantu UPKO meraih sokongan selepas mengambil keputusan meninggalkan PH.
“Keputusan untuk keluar daripada gabungan itu boleh menarik minat pengundi konservatif, khususnya di kawasan majoriti Kadazan-Dusun-Murut dan Rungus (KDMR), yang lazimnya lebih cenderung menyokong parti berteraskan Sabah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Arvin berkata, langkah itu berpotensi memberi nilai tambah kepada UPKO, terutama dalam menawan semula keyakinan pengundi yang menekankan soal autonomi politik Sabah.
“Antaranya faktor yang membantu adalah ketidakpuasan hati terhadap kerajaan persekutuan sebelum ini yang gagal menunjukkan komitmen jelas dengan membawa isu penting ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi,” katanya.


















Comments